PENERANGAN TOOLS TUGASAN 1

1.0 GOOGLE FORM

 

1.0                       1.1              Pengenalan

 

1.1.1     Google Form merupakan perisian Google Suite dalam Google Drive. Google Form ini ditawarkan oleh Google dan boleh diakses secara dalam talian secara percuma bersekali dengan Google Docs, Google Sheets dan Google Slides.

 

1.1.2  Google Form adalah borang maya yang membolehkan pengguna untuk memperoleh maklumat-maklumat tertentu yang dikumpulkan daripada responden yang disasarkan. Google Form juga berfungsi sebagai alat membina kuiz, borang undian dan instrumen soal selidik. Selain itu, Google Form turut berfungsi dalam mengumpulkan maklumat pengguna, memantau kehadiran dan menghasilkan analisis dapatan data, instrumen ataupun soal selidik serta menghasilkan soalan penilaian dan pentafsiran serta berbagai-bagai perkara yang memerlukan penerimaan maklum balas daripada pengguna lain dan data tersebut terus disimpan secara automatik ke hamparan data.


1.1.3    Bagi memudahkan data yang diperoleh disimpan dalam hamparan data dan di analisa dengan mudah, Google Form perlu digandingkan dengan Google Sheets di mana ia berupaya memberi maklumat yang dikehendaki. Google Sheet adalah aplikasi hamparan data dalam talian G-Suites yang membolehkan mencipta, memformat, menyunting dan berkongsi hamparan data secara dalam talian.



1.1              Penggunaan Google Forms

 

1.2.1           Log Masuk Akaun Gmail ke Google Drive

 

a)      Sebelum menggunakan Google Form, log masuk ke dalam akaun Google . Taip Google .Com dan tekan simbol Google  Apps serta tekan aplikasi Drive seperti Rajah 1 di bawah:





 

1.2.2        Memilih Template

 

a)  Klik new dan pilih Google Forms. Terdapat (2) pilihan iaitu from A Templete atau Blank  Form kosong seperti Rajah 2 di bawah:




 

1.2.3        Menamakan Form

 

a)    Klik pada perkataan Untitiled Form kemudian taip dengan label, identiti atau namakan form dengan nama yang sesuai seperti Rajah 3 di bawah:




 

 

1.2.4        Membina Soalan

a)      Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dari responden iaitu dengan meletakkan pelbagai jenis cara untuk responden menjawab soalan atau kenyataan telah dibuat seperti Rajah 4 di bawah:


  

b)      Berikut merupakan perincian pelbagai cara soalan/ kenyataan. Antaranya seperti Rajah 5 di bawah:

 






c)   Seterusnya, perincian pelbagai cara soalan/ kenyataan adalah seperti Jadual 1 di bawah:


Jadual 1: Perincian Pelbagai Cara Soalan atau Kenyataan


Soalan

Jenis Jawapan

Catatan

Bilangan peranti

Multiple Choice

Mengetahui jumlah.

Faktor pembelian

Check Boxes

Mengetahui faktor melebihi dari satu.

Kuiz/ tugasan

File Upload

Muat naik untuk semakan.

Tahap kepuasan

Linear Scale

Tentukan rating sesuatu pertanyaan.

VPN memudahkan kerja

Multiple Choice Grid

Memilih salah satu.

Menu kesukaan

Check Boxes Grid

Mengetahui yang disukai melebihi dari satu.




1.2.5        Memaparkan Form


a)      Merujuk Rajah 6, setelah form siap klik simbol mata dan paparan form akan kelihatan seperti dilihat oleh pengguna lain.




 

 

1.2.6        Memilih Responden dan Lokasi Responden

a)  Form yang lengkap dan tersedia. Pengguna boleh membuat dengan mengehadkan bilangan responden, membenarkan responden untuk edit, menunjukkan rumusan ringkasan maklum balas atau menukar pengesahan mesej.  Selain itu, form yang lengkap boleh dihantar ke lokasi responden sama ada secara e-mel, berkongsi link borang di media sosial atau memasukkan form dalam laman web. Jadual 2 adalah tutorial STID1103:


Jadual 2: Tutorial Pemilihan Responden dan Lokasi Responden 




1.2.7        Memasukkan Data

a) Sebelum menyebarkan pautan form kepada responden, percubaan form perlu dilakukan dengan mendapatkan bantuan daripada rakan, teman sepejabat atau saudara terdekat.  Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada mereka supaya membantu untuk melihat kesesuaian ciri-ciri soalan yang ada. Sekiranya terdapat komen atau cadangan, pengemaskinian form akan dilaksanakan. Seterusnya edaran form boleh dibuat.

 

b)  Bagi tutorial ini, pengujian akan dilaksanakan dengan mengisi maklumat berdasarkan soalan atau kenyataan yang disediakan. Klik submit apabila selesai (rujuk Rajah 7). Seterusnya, bagi mendapatkan respons daripada responden yang lain maka perlu klik submit another response (rujuk Rajah 8)Setelah menutup respons, bilangan responden dan hasil form akan dipaparkan seperti di Rajah 9.


                                        Rajah 7



Rajah 8

Rajah 9


1.3            Kesimpulan

Penggunaan Google Form musim pandemik Covid-19 ini semakin meluas dan menjadi pilihan utama, ini kerana pelajar perlu mengikuti pembelajaran dari rumah. Selain itu, Google Form turut dapat meminimumkan penggunaan kertas dan secara tidak langsung ia turut menjimatkan masa, menjimatkan kos serta dapat menjaga kelestarian alam sekitar.


2.0             

                 2.0    GOOGLE DOCS

           2.1    Pengenalan

 

2.1.1  Google Docs merupakan satu aplikasi kemudahan berasaskan web berbentuk OfficeSuites yang digabungkan dalam perkhidmatan Google Drive. Pada peringkat awal Google Docs memberikan perkhidmatan simpanan dalam talian tetapi kemudian peranannya diganti oleh Google Drive.

 

2.1.2  Google Docs fungsinya sama dengan Microsoft Word, Microsoft Excell dan Slide Powerpoint atau aplikasi teks yang lain yang memerlukan pemasangan aplikasi dalam peranti. Bagaimanapun, Google Docs merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna untuk kemas kini teks secara dalam talian atau di bawah talian. di mana pengguna boleh membina dan mengemas kini segala dokumen pada bila-bila masa.

 

2.1.3  Di peringkat awal Google Docs merupakan dua (2) produk yang berasingan iaitu Writely dan XL2Web. Perisian ini dimiliki oleh Syarikat perisian Upstartle dan pada bulan Ogos tahun 2005 ia telah dilancarkan. Google telah memperoleh Syarikat Upstartle pada bulan 9 Mac 2006. Penambahbaikan secara berterusan telah dilaksanakan oleh Google iaitu bermula pada bulan Julai 2009, bulan Mac 2010, April 2010, bulan Jun 2012, Oktober 2012 dan bulan Februari 2019 di mana ia telah membawa satu teknologi alaf baru yang lebih inovatif dan produktif untuk penggunanya. Manfaat Google  Docs yang diperoleh seperti Rajah 10 di bawah:


2.2.1        Membina dan menggunakan Google Docs

a)   Perincian Tutorial Membina Dan Menggunakan Google  Docs adalah seperti Jadual 3 di bawah:







2.3         Kesimpulan

 

2.3.1   Penggunaan Google Docs telah meningkatkan produktiviti pengguna malahan turut menyumbang kepada peningkatan kecekapan pengguna sehingga menjadikan pengguna lebih proaktif, efektif dan efisien terutamanya semasa negara dilanda pandemik Covid-19 di mana beberapa sektor bukan kategori perkhidmatan utama dinasihatkan untuk bekerja dari rumah. Oleh itu, Google Docs ini menjadi pilihan terbaik kepada pengguna untuk mengurus dan mengemas kini dokumen mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja sama ada secara dalam talian atau di luar talian malah dokumen juga ia turut dijamin selamat. 

      

       

3.0              GOOGLE MAPS

 

3.1   Google Maps ialah perkhidmatan pemetaan web yang dibangunkan oleh Google. Ia menawarkan imej satelit, peta jalan, 360° pemandangan panorama jalan (Google Street View), keadaan lalu lintas (Google Traffic), dan perancangan laluan untuk perjalanan sama ada berjalan kaki, kereta, basikal (beta), atau pengangkutan awam. Peta Google menawarkan API yang membolehkan peta dibenamkan pada laman web pihak ketiga dan menawarkan pencari untuk perniagaan bandar dan organisasi lain di banyak negara di seluruh dunia. Google Map Maker membenarkan pengguna mengembangkan dan mengemas kini pemetaan perkhidmatan di seluruh dunia tetapi telah dihentikan dari Mac 2017. Pandangan satelit Google Maps ialah pandangan "atas ke bawah" atau "mata burung"; kebanyakan imej resolusi tinggi di bandar ialah fotografi udara yang diambil dari pesawat yang terbang pada 800 hingga 1,500 kaki (240 hingga 460 m), manakala kebanyakan imej lain adalah dari satelit.

 

3.2   Peta Google menggunakan variasi unjuran Mercator dan dengan itu tidak dapat menunjukkan kawasan-kawasan sekitar kutub dengan tepat. Walau bagaimanapun, pada bulan Ogos 2018 versi desktop Google Maps telah dikemas kini untuk menunjukkan dunia 3D. Versi baru aplikasi desktop yang direka bentuk semula dibuat pada 2013 bersamaan dengan versi "klasik" (pra-2013). Peranti Google Maps untuk Android dan iOS pula dikeluarkan pada bulan September 2008 dan dilengkapi Navigasi GPS demi belokan berserta dengan ciri bantuan parkir khusus. Pada bulan Ogos 2013, ia bertekad untuk menjadi aplikasi paling popular di dunia untuk telefon pintar dengan lebih daripada 54% pemilik telefon pintar global menggunakannya sekurang-kurangnya sekali. Pada tahun 2012, Google melaporkan mempunyai lebih daripada 7,100 orang pekerja dan kontraktor yang terus bekerja dalam pemetaan. Cara Penggunaan Google  Maps atau Peta Google  seperti Rajah 11 di bawah:



4.0            GOOGLE CLASSROOM

4.1  Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudah membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Google Classroom diumumkan pada 6 Mei 2014, dengan pratonton tersedia untuk beberapa ahli program G Suite untuk Pendidikan Google Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar. Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Dokumen Google , Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail untuk komunikasi dan Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara automatik diimport daripada domain sekolah.

 

4.2   Setiap kelas membuat folder berasingan dalam Drive pengguna masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja untuk dinilai oleh guru. Apl mudah alih, tersedia untuk peranti iOS dan Android, biarkan pengguna mengambil gambar dan melampirkan pada tugasan, berkongsi fail daripada aplikasi lain dan mengakses maklumat di luar talian. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap pelajar, dan selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan komen Dengan rasminya Google Classroom telah menjadi pelantar pembelajaran menggantikan Frog VLE di Kementerian Pendidikan Malaysia. Umum mengetahui Google Classroom adalah satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan ringan. Selain daripada ia adalah percuma, ada banyak manfaat menggunakan Google Classroom dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang seiring dengan Pembelajaran Abad ke-21 atau dikenali sebagai PAK21.


4.3   Terdapat beberapa kelebihan Google  Classroom yang dapat dikenalpasti seperti Rajah 12 di bawah:



Sambungan Rajah 12: Kelebihan Google Classroom


4.2         Kelemahan Google Classroom

 

4.4.1  Terdapat beberapa kekurangan Google Classroom yang dapat dikenal pasti adalah antara muka dan persembahan aplikasinya yang kurang menarik. Hal ini berikutan kerana Google Classroom hanya menampilkan beberapa pilihan gambar dan itu hanya berupa gambar cartoon. Classroom sebaiknya memberikan sebuah gambar bagi kelas untuk lebih menarik lagi agar para pengguna yang belajar di Google Classroom tidak cepat merasa bosan Sehubungan dengan itu, kekurangan Google Classroom juga dapat dikenal pasti apabila Google Drive yang kita miliki penuh maka file atau dokumen yang kita kirim kepada pengajar menjadi ‘error’ dan tidak terkirim. Ini sangat mengganggu sekali bagi seorang siswa dan mengakibatkan dia harus membeli drive baru atau install penyimpanan awan atau cloud storage yang baru. Kemudian dihubungkan ke Google Classroom terlebih dahulu sebelum menggunakan Google Classrom tersebut supaya boleh digunakan. Kesimpulannya, Google Classroom adalah kemudahan yang disediakan oleh Google untuk memudahkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada berada di dalam kelas ataupun berbincang secara dalam talian. Kesannya, menjadikan urusan pengguna lebih efisien.


 

4.0       KESIMPULAN

Perisian Google Drive ini merupakan satu inovasi dalam teknologi maklumat di mana alat-alat yang ada dalam Google Drive boleh dijalankan dengan mudah dan cepat. Malahan terdapat juga alat-alat Google Drive yang datanya boleh diperoleh secara dalam talian atau diperoleh secara luar talian. Keperluan penggunaan Google Drive semakin meningkat semenjak pandemik Covid-19. Ini kerana kelebihan yang ada pada alat-alat Google Drive di mana ia telah banyak membantu pengguna dalam menguruskan dokumen mereka sehingga dapat meningkatkan kualiti hidup seharian dan terbukti ia telah melancarkan urusan pengguna untuk melaksanakan tugasan, kerja, perniagaan, pembelajaran, pencarian lokasi ataupun bagi pengguna yang menginginkan hiburan. Oleh itu, terpulang kepada pengguna untuk memilih alat Google Drive yang sesuai dengan urusan mereka yang mana akan memberi kesan yang baik kepada mereka.

6.0       RUJUKAN

 

6.1         Laman Web:

https://huzaimialias.com/pengenalan-penggunaan-google-forms/

http://syazwafie.blogspot.com/2017/03/manual-pengguna-google-forms.html

https://people.utm.my/mshahrulnizam/2017/06/04/bagaimana-cara-menggunakan-google-docs/

https://support.google.com/maps/answer/144349?hl=ms.

https://lancangkuning.com/post/24214/kelebihan-dan-kekurangan-google-classroom.

 

6.2         Youtube:

https://www.youtube.com/watch?v=wS48ECx-VMg

https://www.youtube.com/watch?v=BtoOHhA3aPQ

Comments

Popular posts from this blog

PERBINCANGAN KUMPULAN

Kata-kata Aluan

PROFIL KUMPULAN